Pribumi Indonesia atau bumiputera Indonesia ialah sebuah istilah yang digunakan untuk kumpulan bangsa atau penduduk tempatan dekat Indonesia yang punyai warisan sosial budaya dan bahasa yang banyak, yang boleh dikesan pasti berasal daripada Indonesia. Bangsa Jawa dan Sunda ialah dua kaum bumiputera terbesar Indonesia (dan Asia Tenggara), yang berasal-usul daripada pulau Jawa.
Dekat Malaysia, ramai rakyat yang dikesan "Melayu" sebetulnya mempunyai salasilah daripada kumpulan bangsa Indonesia disebabkan sejarah penjejasan, persebaran ugama Islam, dan macham-macham lainnya. Bangsa Jawa dan Bugis boleh dikesan pasti ramai duduk dekat negeri Johor, Selangor, Perak, dan lainnya. Manakala bangsa Minangkabau dan Palembang ramai dikesan dekat Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, dan lain negeri. Dan juga bangsa Acheh dekat Kedah, Perlis, dan lain negeri.